Inspirasi Hidup

  • Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahasianya.
  • Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.
  • Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
  • Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.
  • Mungkin diam itu suatu jawaban yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik.
  • Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar dari pada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.
  • Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah.
  • Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya karena kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
  • Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.
  • Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, niscaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.
  • Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
  • Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.
  • Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.
  • Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan dari pada usaha yang besar.
  • Keberanian yang sebenarnya ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya.
  • Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya.
  • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  • Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan.
  • Kekecewaan mengajar kita arti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.
  • Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.
  • Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya ia itu baik dan burukmu.
  • Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.
  • Waktu itu bagaikan pedang, jika tidak kau potong maka ia (waktu) akan memotongmu Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya. (Khalifah Umar al-Khattab).
  • Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. (Saidina Ali bin Abi Talib).
  • Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila masa ia akan pecah.
  • Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji

Posting Komentar

0 Komentar